Wednesday, December 29, 2010

Notis Penutupan Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) pada 31 Disember 2010 (Jumaat)

Sukacita dimaklumkan yang Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di seluruh negara akan ditutup pada hari esok, 31 Disember 2010 (Jumaat) lanjutan dari cuti umum yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri malam tadi berikutan kemenangan pasukan bolasepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.

Dipohon kerjasama pendidik untuk memberitahu ibu bapa tentang penutupan ini.

Walaubagaimanapun PAPN di Kelantan dan Terengganu tetap beroperasi seperti biasa melainkan ada pengisytiharan lain dari kerajaan negeri-negeri tersebut dalam masa terdekat.

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment