Sunday, July 24, 2011

Program Pendaftaran Pusat Anak PERMATA Perlis



Pada 23 Julai 2011 Y.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah berbesar hati untuk turun padang sempena  "ProgramPendaftaran AnakPermata Peringkat Negeri Perlis" yang diadakan di PAPN Arau Perlis.

Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Arau dan Padang Besar setiap satunya  boleh menampung sehingga 40 orang anak.PAPN yang telah beroperasi di Perlis ialah PAPN Kangar (Mula operasi Mac 2011) dan PAPN Tambun Tulang (Mula Operasi 2008) yang masing-masing boleh menampung 35 dan 25 orang anak.



Permohonan baru untuk semua kemasukkan PAPN di Perlis masih dibuka dan Ibubapa boleh memuat turun (disini)@www.permata.jpm.my (Menu Muat Turun) atau mengambil borang permohonan di PAPN yang berhampiran. Permohonan mestilah disertakan dengan :
  • Salinan Kad Pengenalan Ibubapa
  • Salinan Mykid/Surat Beranak
  • Slip gaji/Pengesahan Pendapatan bagi yang bekerja sendiri
Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke PAPN berhampiran ataupun terus ke alamat dibawah

BAHAGIAN PERMATA, JABATAN PERDANA MENTERI
W101, TINGKAT 1, BLOK 3440,
ENTERPRISE BUILDING 1,
JALAN TEKNOKRAT 3,
CYBERJAYA 63000
SELANGOR.

TEL: 03-83194000
FAKS: 03-83194001


0 comments:

Post a Comment