Bengkel Pelaksanaan
Kurikulum PERMATA Kurnia (Autisme) telah diadakan pada 6 November 2013 di Hotel
Seri Pacific Kuala Lumpur anjuran Jabatan Perdana Menteri dan Universiti
Kebangsaan Malaysia bersama pemegang taruh bagi mendapatkan input dan juga
maklumbalas berkenaan pelaksanaan Program PERMATA Kurnia sebelum dilaksanakan
mulai Mac 2015 disamping engagement dengan semua pihak yang berkaitan.
Pelbagai pihak yang
meliputi agensi kerajaan, NGO, pegawai kesihatan, penyelidik dan kumpulan
ibubapa telah dijemput. Pada sesi
tersebut, para jemputan telah diberi penerangan berkenaan Program PERMATA
Kurnia oleh YBhg. Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod, Pegawai Khas kepada YAB
Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Program
PERMATA. Disamping itu juga, turut
diberi penerangan berkenaan kurikulum PERMATA Kurnia dan juga modul latihan
kepada tenaga pengajar.
Pada akhir bengkel
ini, pihak penganjur telah menaruh harapan agar semua pihak dapat menyokong dan
juga memahami aspirasi Program PERMATA Kurnia.
0 comments:
Post a Comment