Y.B. Senator Dato' Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah melancarkan Taska PERMATA PERKESO hari ini, dalam majlis yang bermula pukul 2 petang tadi di Dewan Persidangan Intan, Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Turut serta di majlis tersebut ialah Ketua Eksekutf PERKESO, Tn Haji Aleyes bin Meh dan Yang Di-Pertua Jawatankuasa Induk KESPO, Roshaimi Mat Rosely.
Pendaftaran Anak PERMATA di FELDA Besout telah diadadakan pada 9 November 2009 di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) FELDA Besout, Trolak, Perak. Ibu bapa telah mengisi borang pendaftaran, menandatangani aku janji dan juga diberikan buku Garis Panduan Ibu Bapa untuk penerangan tentang pengoperasian PAPN. Pemeriksaan kesihatan anak turut diadakan oleh wakil dari Kementerian Kesihatan.
Bahagian PERMATA mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan wakil agensi-agensi kerajaan yang telah menghadiri dan menjayakan hari pendaftaran ini. Pengurus PAPN ialah Puan Yuziana Yusuf.
Satu Majlis Ramah Mesra Dato' Ramany Gurusamy yang merupakan ahli Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA Negara dengan Ahli Komuniti Taman Permata, Dengkil telah diadakan di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Dengkil pada 8 November 2009. Turut menghadiri majlis ialah Dr. Rokiah Talib yang juga ahli majlis PERMATA. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesefahaman ahli majlis PERMATA dengan Komuniti Taman Permata dan juga menerangkan serba sedikit tentang objektif dan pengoperasian PAPN. Ini juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman akan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dalam pembangunan modal insan negara.
Sekalung penghargaan dari Bahagian PERMATA kepada Y.Bhg. Dato' Ramany dan Dr. Rokiah atas kesudian mereka meluangkan masa untuk beramah mesra dengan Komuniti Taman Permata Dengkil, dan terima kasih juga buat Komuniti Taman Permata Dengkil.
Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah melancarkan Taska Educare PERMATA di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang merupakan taska PERMATA pertama di bawah peruntukan Pakej Rangsangan 1. Beliau telah melancarkan taska itu di sebuah majlis penyerahan cek bantuan pendidikan Badan Amal, Kebajikan dan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di kampus UIAM di Gombak pada pukul 3 petang tadi.
Satu taklimat kepada ibu bapa telah diadakan di Balai Gerakan, Taman Permata, Dengkil bersempena pembukaan Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Dengkil yang dijangka akan beroperasi pada 16 November 2009. Pengurus projek ialah Puan Yuziana binti Yusuf . Taklimat disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam PERMATA, Noorariza Mohd Azahari. Permohonan anak kini sedang dibuka dan anda boleh muat turun borang permohonan di sini.
Terima kasih kepada Mr. Siva di Taman Permata di atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan majlis taklimat ini dan juga warga Taman Permata yang telah sudi hadir untuk mendengar taklimat dan menghantar borang penyertaan.
RAMADHAN AL-MUBARAK
-
*Kami warga PAPN BATU PAHAT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah. semoga
Ramadh...
Majlis Suai Kenal & Aktiviti Gotong-Royong
-
Pada 8 Februari 2014 (Sabtu), satu aktiviti telah diadakan di PAPN Bukit
Peringgit. Aktiviti tersebut adalah aktiviti suai kenal diantara ibu bapa
dan ju...
-
XONG XI FA CAI
Satu sambutan tahun baru cina telah diadakan pada 16.2.2014 di Padang
Pertaniam Tuaran Sabah.
Merahnya ... hehe :D
Hadiah yang disediakan ...
Majlis Graduasi PAPN TAMBUN TULANG KALI ke 5
-
Majlis Graduasi PAPN TAMBUN TULANG KALI ke 5, di adakan 6 Dis 2013. Terima
kasih pada semua yang terlibat menjayakan majlis, yang meriah itu
BBQ dan Sukaneka
-
Hari ini (27 Oktober 2013, Ahad), seramai 16 keluarga PAPNKS yang mengikuti
aktiviti bbq dan sukaneka yang telah dijalankan di Pasir Pandak D'Curve,
Kuchin...
RAGAM PRA HARI RAYA 2013
-
Persetujuan bersama ibubapa/penjaga untuk mengadakan 'photo shoot' suasana
pra hari raya telah dilakukan dengan meriahnya. Selain bergambar, aktiviti
ini ...
Pertandingan Menghias Frame Gambar
-
Salam 1 Malaysia.
Bertemu lagi kita di bulan Mac ini. Program untuk bulan ini ialah
Pertandingan Menghias Frame Gambar sempena tema pembelajaran pada bulan...
kami bergotong-royong
-
tahun baru serba sedikit suasana mesti nak baru juga kan?
kami warga PAPN Dengkil mengadakan gotong-royong untuk menceriakan PAPN
Dengkil yang sememangnya s...
Pembuka bicara 2013
-
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...
Sudah lama blog kami tidak dikemaskini berikutan kekangan masa &
perpindahan guru-guru. Untuk coretan-coretan terkini...
-
Assalamualaikum dan salam senyum simpul…
Wah dah berhabuk blog ini, admin memohon maaf sebab dah lama tak update..
ada yang tertunggu-tunggu ke? Hehehe…
O...
Lawatan ke Melaka..
-
Salam....
Sorry kepada followers sebab dah lama tak update blog... Ok, untuk blog
kali ini, PAPNSJ nak share ttg Lawatan ke Melaka yang kami telah jalankan...
Program Sulung PAPN 2012
-
Terima kasih daun keladi...
Pada 26/01/2012 (khamis) Bacaan Yassin/Solat Hajat telah diadakan di PAPN
Kerteh. Semoga anak2 sihat/aman dan dapat menjalani p...
Tema Bulan Ogos : Pakaian Seragam
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Pada bulan Ogos yang lepas, PAPN Bercham banyak menjalankan aktiviti
bersama kanak-kanak dengan bertemakan Negara Mal...
Jom tengok gajah...
-
Assalamualaikum,
Salam 1 Malaysia,
Pusat Anak Permata Negara Chini telah membuat lawatan ke Pusat Konservasi
Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah Pahang,kemudia...
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2010....
-
Sambutan Hari Raya Aidilfitri baru saja diadakan sebentar tadi secara
kecil-kecilan.....
Terima kasih kepada ibu bapa yang memberi kerjasama bagi menjayakan...
Kekosongan Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih telah ditutup. Diminta untuk tidak menghantar permohonan kerana tarikh tutup adalah muktamad. Terima kasih.
Minat saya juga berdasarkan pemerhatian saya terhadap sepupu saya yang belajar di PAPN Mempaga , Bentong. Dia seorang yang aktif, bijak, dan mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi yang mana ianya mungkin berkat didikan dan asuhan guru-guru di PAPN Mempaga.
Pn. Nurul Faizah Binti Hj. Resely Jabatan Pertanian Semenanjung 28 Okt 2009