Monday, September 24, 2012

Perasmian Pusat Anak PERMATA Negara Kerinchi, W.P Kuala Lumpur


Kuala Lumpur 10 Julai 2012 -Majlis Perasmian Pusat PERMATA Anak Negara berlangsung di Blok F, PPR Kerinchi semalam. Perasmian dilakukan oleh penanung PERMATA iaitu isteri PerdanaMenteri, Datin Sri Rosmah Mansor. Dalam ucapan beliau merasa gembira kerana berkesempatan untuk melawat dan merasmikan Pusat Anak PERMATA Negara Kerinchi. Amanah yang diberikan oleh suami beliau sendiri pada akhir Januari yang lalu membuatkan beliau rasa bangga dan gembira. Penubuhan pusat yang dijanjikan ini diharapkan dapat menyediakan dan memberi didikan secara berkualiti kepada kanak-kanak di kawasan Kerinchi. 

Dalam ucapan beliau juga menyatakan bahawa sehingga hari ini, seramai 35 orang kanak-kanak telah mendapat peluang untuk mengikuti program PERMATA dalam keadaan yang selesa dan ceria.
Program yang menekankan asuhan dan pendiidkan awal kanak-kanak ini menekankan proses pembelajaran secara menyeluruh mengikut fitrah kanak-kanak iaitu suka dan seronok bermain.

Selain menekankan aspek-aspek keselamatan dalam penjagaan kanak-kanak ini, aspek kesihatan dan kebersihan
turut menjadi keutamaan.