Friday, November 22, 2013

LIKE: International Autisme Seminar 2014 At Shangri-La Kuala Lumpur



LIKE US NOW @ facebook.com/Autism2014

Tuesday, November 19, 2013

Majlis Pecah Tanah PERMATA Kurnia (Austisme)


Friday, November 15, 2013

Bengkel Pelaksanaan Kurikulum PERMATA Kurnia (Austisme)

Bengkel Pelaksanaan Kurikulum PERMATA Kurnia (Autisme) telah diadakan pada 6 November 2013 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur anjuran Jabatan Perdana Menteri dan Universiti Kebangsaan Malaysia bersama pemegang taruh bagi mendapatkan input dan juga maklumbalas berkenaan pelaksanaan Program PERMATA Kurnia sebelum dilaksanakan mulai Mac 2015 disamping engagement dengan semua pihak yang berkaitan. 
Pelbagai pihak yang meliputi agensi kerajaan, NGO, pegawai kesihatan, penyelidik dan kumpulan ibubapa telah dijemput.  Pada sesi tersebut, para jemputan telah diberi penerangan berkenaan Program PERMATA Kurnia oleh YBhg. Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod, Pegawai Khas kepada YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Program PERMATA.  Disamping itu juga, turut diberi penerangan berkenaan kurikulum PERMATA Kurnia dan juga modul latihan kepada tenaga pengajar.
Pada akhir bengkel ini, pihak penganjur telah menaruh harapan agar semua pihak dapat menyokong dan juga memahami aspirasi Program PERMATA Kurnia.

Tuesday, November 5, 2013

Horey-Horey PERMATA


Friday, October 18, 2013

Montage Tabung Kesejahteraan Kanak Kanak Sedunia


Rosmah Serah RM 1.13 Juta bantu Kanak-Kanak - UTUSAN


Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia



Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM1.13 juta kepada kanak-kanak yang terlibat dengan pelbagai musibah di beberapa buah negara.

Penaung Tabung Kesejateraan Kanak-Kanak Sedunia, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, melalui sumbangan itu sedikit sebanyak mampu meringankan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia.

"Melalui tabung ini setidak-tidaknya kita mampu membantu mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk kanak-kanak seluruh dunia," katanya ketika berucap dalam majlis sumbangan daripada Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia di Kompleks Seri Perdana di sini.

Yang hadir sama Pesuruhjaya India ke Malaysia, Vijay Gokhale; Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura; Duta Besar Kemboja ke Malaysia, Jose Eduardo E. Malaya III dan Charge d'Affairs Kedutaan Besar Mexico ke Malaysia, Lourdes Sosa Marquez.

Isteri Perdana Menteri berkata, sumbangan tersebut diperoleh hasil konsert Permata Seni bertemakan Mensyukuri Nikmat Kedamaian yang telah dipentaskan di Istana Budaya pada 26 Februari lalu iaitu sebanyak RM20.9 juta.

Kata beliau, pihaknya terpanggil untuk menghulurkan sedikit sebanyak bantuan yang diperlukan itu setelah melihat tragedi-tragedi malang yang menimpa di beberapa buah negara.

"Saya selaku penaung tabung ini, begitu berbesar hati akan mengagihkan sejumlah bantuan serta sumbangan untuk tabung kebajikan kanak-kanak di negara tersebut, sumbangan akan disalurkan melalui Mercy Malaysia, Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan pihak kedutaan masing-masing," katanya.

Sumbangan sebanyak RM103,000 kepada Mercy Malaysia akan digunakan untuk membiayai pelaksanaan projek Rekahan Bibir Lelangit di Bangladesh manakala RM250,000 kepada PGPF bagi projek-projek kemanusiaan di Somalia.

Projek di Somalia tersebut melibatkan penaiktarafan Al-Basiir School for The Blind and Deaf-Blind di Mogadishu.

Rosmah berkata, kanak-kanak tersebut berhak mendapat peluang pendidikan serta tidak dinafikan haknya untuk belajar kerana pihaknya percaya hanya dengan pendidikan mereka mampu membina masa depan yang lebih cerah.

"Saya juga dimaklumkan bahawa sejumlah wang tersebut akan digunakan untuk membeli peralatan pembelajaran, perabot, sekolah dan juga menaiktaraf asrama bagi membolehkan mereka belajar dalam suasana yang lebih baik,'' katanya.