Friday, April 17, 2009

Pertunjukan Batik di Kompleks Kraf


Satu pertunjukan rekaan fesyen batik telah diadakan pada 17 April 2009 sebagai upacara akhir Intenational ECEC Conference - "Developing Human Capital Begins with Children". Ini adalah untuk memperkenalkan batik moden Malaysia kepada peserta-peserta kursus yang terdiri dari 198 orang peserta antarabangsa dari 46 buah negara. Turut serta ialah isteri kepada Perdana Menteri Zambia iaitu Puan Thandiwe Banda dan Y.Bhg. Datin Seri Utama Masnah Rais.

Wednesday, April 15, 2009

International ECEC Conference - Developing Human Capital Begins with Our Children







KUALA LUMPUR, JUMAAT;- Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan United Nation’s Children Fund (UNICEF), juga dengan sokongan National Association of Early Childhood and Care and Education of Malaysia (NAECCEM), Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Putra Malaysia (UPM) dan KEMAS telah menganjurkan satu seminar antarabangsa pada 14 hingga 17 April 2009.


Bertemakan “Developing Human Capital begins with Children,” seminar itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.