Wednesday, May 26, 2010

Majlis Sambutan Hari Jadi PERMATA & Majlis Perpisahan Staff PERMATA 2010

Satu Majlis Sambutan Harijadi dan Majlis Perpisahan Staff PERMATA 2010 telah diadakan di Bilik Gerakan, Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri bagi meraikan hari lahir staf-staff yang menyambut hari lahir sepanjang Januari hingga Jun 2010 serta meraikan pegawai-pegawai yang akan meninggalkan Bahagian kerana bertukar ke jabatan / kementerian lain atau mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Majlis dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian, Puan Saidatu Akhma Hassan dan diakhiri semua staff PERMATA. Majlis diadakan menggunakan dana Kelab Kesuma PERMATA yang merupakan inisiatif staf PERMATA serta setiap staff membawa jamuan dari rumah kerana ianya juga majlis pot-luck.

Adalah diharap majlis ini kekal dalam ingatan staff sebagai satu kenangan untuk dibawa bersama sebagai duta di tempat kerja baru juga dalam menjalani kehidupan.

Sunday, May 16, 2010

Majlis Pecah Tanah PAPN Pulau Pangkor

Satu majlis pecah tanah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Pulau PAngkor telah diadakan pada hari 16 Mei 2010 di Kampung Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri. Dr. Zambry Abdul Kadir pada pukul 2 petang.

Festival Hari Guru - 15-16 Mei 2010

Friday, May 14, 2010

Festival Hari Guru- 14 Mei 2010

Thursday, May 13, 2010

Festival Hari Guru 2010 - 13 Mei 2010

PERMATA Negara kini sedang menyertai Festival Hari Guru 2010 di East Coast Mall, Kuantan, Pahang. Festival tersebut sedang berlangsung dan akan ditutup oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mei 2010.

Barisan pempamer adalah terdiri dari badan-badan kerajaan dan swasta. Pameran ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Utusan Malaysia. Dianggarkan 5000 orang telah hadir ke pameran ini pada hari ini sahaja. Orang ramai adalah dijemput hadir ke Festival ini. Gerai PERMATA ialah di B-12, iaitu PERMATA Negara dan JPNIN mewakili Jabatan Perdana Menteri.

Berjumpa kami di sana!

Wednesday, May 5, 2010

Taklimat Pelaksanaan Pemantauan Program PERMATA 2010




      Satu taklimat tentang pemantauan Program PERMATA 2010 telah diadakan di Hotel Radius International, Bukit Bintang, Kuala Lumpur oleh Unit Pendidikan Prasekolah, Sektor Penaziran Kepimpinan Instituti Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk memantau pelaksanaan Program secara keseluruhan sebelum KPM mengambil alih Program PERMATA pada tahun 2011.Taklimat ini berlangsung pda 3-4 Mei 2010, dan turut disertai oleh empat orang pegawai dari Bahagian PERMATA.