Tuesday, May 22, 2012

Cadangan Pelaksanaan Kurikulum PERMATA

Untuk makluman, kurikulum PERMATA telah diluluskan sebagai kurikulum Kebangsaan bagi pendidikan awal kanak-kanak.  Sehingga kini, terdapat 2 kursus asas yang perlu dihadiri oleh para pengusaha dan pendidik iaitu Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) dan kursus Asas PERMATA di bawah kendalian Jabatan Perdana Menteri.

Selaras dengan keputusan kurikulum PERMATA dijadikan kurikulum Kebangsaan bagi pendidikan awal kanak-kanak, maka Bahagian PERMATA Jabatan Perdana Menteri bercadang untuk menambahbaik kursus KAAK dan kursus Asas PERMATA bagi membolehkan hanya satu kursus sahaja yang perlu dihadiri oleh pengusaha atau pendidik Taska di agensi kerajaan mahupun swasta.

Sehubungan itu, Bahagian ini memohon sebarang cadangan, pandangan dan isu berkaitan pelaksanaan penyelarasan kursus ini bagi membolehkan satu keputusan yang menyeluruh dicapai.  Sebarang cadangan, pandangan dan isu pelaksanaan bolehlah diemailkan kepada alamat e-mail berikut:


Segala cadangan, pandagan dan isu pelaksanaan yang dikemukakan tuan/puan adalah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih