Friday, October 18, 2013

Montage Tabung Kesejahteraan Kanak Kanak Sedunia


Rosmah Serah RM 1.13 Juta bantu Kanak-Kanak - UTUSAN


Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia



Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM1.13 juta kepada kanak-kanak yang terlibat dengan pelbagai musibah di beberapa buah negara.

Penaung Tabung Kesejateraan Kanak-Kanak Sedunia, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, melalui sumbangan itu sedikit sebanyak mampu meringankan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia.

"Melalui tabung ini setidak-tidaknya kita mampu membantu mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk kanak-kanak seluruh dunia," katanya ketika berucap dalam majlis sumbangan daripada Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia di Kompleks Seri Perdana di sini.

Yang hadir sama Pesuruhjaya India ke Malaysia, Vijay Gokhale; Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura; Duta Besar Kemboja ke Malaysia, Jose Eduardo E. Malaya III dan Charge d'Affairs Kedutaan Besar Mexico ke Malaysia, Lourdes Sosa Marquez.

Isteri Perdana Menteri berkata, sumbangan tersebut diperoleh hasil konsert Permata Seni bertemakan Mensyukuri Nikmat Kedamaian yang telah dipentaskan di Istana Budaya pada 26 Februari lalu iaitu sebanyak RM20.9 juta.

Kata beliau, pihaknya terpanggil untuk menghulurkan sedikit sebanyak bantuan yang diperlukan itu setelah melihat tragedi-tragedi malang yang menimpa di beberapa buah negara.

"Saya selaku penaung tabung ini, begitu berbesar hati akan mengagihkan sejumlah bantuan serta sumbangan untuk tabung kebajikan kanak-kanak di negara tersebut, sumbangan akan disalurkan melalui Mercy Malaysia, Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan pihak kedutaan masing-masing," katanya.

Sumbangan sebanyak RM103,000 kepada Mercy Malaysia akan digunakan untuk membiayai pelaksanaan projek Rekahan Bibir Lelangit di Bangladesh manakala RM250,000 kepada PGPF bagi projek-projek kemanusiaan di Somalia.

Projek di Somalia tersebut melibatkan penaiktarafan Al-Basiir School for The Blind and Deaf-Blind di Mogadishu.

Rosmah berkata, kanak-kanak tersebut berhak mendapat peluang pendidikan serta tidak dinafikan haknya untuk belajar kerana pihaknya percaya hanya dengan pendidikan mereka mampu membina masa depan yang lebih cerah.

"Saya juga dimaklumkan bahawa sejumlah wang tersebut akan digunakan untuk membeli peralatan pembelajaran, perabot, sekolah dan juga menaiktaraf asrama bagi membolehkan mereka belajar dalam suasana yang lebih baik,'' katanya.

Monday, October 7, 2013

Lawatan Tapak Pusat PERMATA Austisme Oleh YBhg. Datuk Othman Bin Hj Mahmood, TKSUK JPM



Pada 4 Oktober 2013 Bahagian PERMATA menerima lawatan dari YBhg. Datuk Othman Bin Hj Mahmood, TKSUK JPM ke tapak PERMATA Autisme yang terletak di Kampung Batu Muda Tambahan Sentul. Dalam lawatan tersebut beliau telah ditemani oleh Setiausaha Bahagian PERMATA, Puan Saidatu Akhma bt Hassan dan wakil dari Unit Jabatan Kerja Raya. Projek ini bakal bermula pada akhir Oktober ini dan dijangka memakan masa selama 18 bulan.



Wednesday, October 2, 2013

PERINGATAN KEPADA SEMUA PENDIDIK PERMATA


Semua Pendidik PERMATA dimohon untuk mengambil maklum dan perhatian berhubung kejadian tersebut. Pendidik juga diingatkan agar memantau makanan yang dibekalkan oleh kontraktor makanan menepati garis panduan yang dibekalkan oleh Bahagian PERMATA. Semoga kejadian seperti ini dapat dielakkan pada masa hadapan.