Monday, September 24, 2012

Perasmian Pusat Anak PERMATA Negara Kerinchi, W.P Kuala Lumpur


Kuala Lumpur 10 Julai 2012 -Majlis Perasmian Pusat PERMATA Anak Negara berlangsung di Blok F, PPR Kerinchi semalam. Perasmian dilakukan oleh penanung PERMATA iaitu isteri PerdanaMenteri, Datin Sri Rosmah Mansor. Dalam ucapan beliau merasa gembira kerana berkesempatan untuk melawat dan merasmikan Pusat Anak PERMATA Negara Kerinchi. Amanah yang diberikan oleh suami beliau sendiri pada akhir Januari yang lalu membuatkan beliau rasa bangga dan gembira. Penubuhan pusat yang dijanjikan ini diharapkan dapat menyediakan dan memberi didikan secara berkualiti kepada kanak-kanak di kawasan Kerinchi. 

Dalam ucapan beliau juga menyatakan bahawa sehingga hari ini, seramai 35 orang kanak-kanak telah mendapat peluang untuk mengikuti program PERMATA dalam keadaan yang selesa dan ceria.
Program yang menekankan asuhan dan pendiidkan awal kanak-kanak ini menekankan proses pembelajaran secara menyeluruh mengikut fitrah kanak-kanak iaitu suka dan seronok bermain.

Selain menekankan aspek-aspek keselamatan dalam penjagaan kanak-kanak ini, aspek kesihatan dan kebersihan
turut menjadi keutamaan.









































Monday, July 23, 2012

ARAHAN PENTADBIRAN DALAMAN BIL 1 2012


Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Bahagian PERMATA Negara di talian 03-8319 4000 (PRO)

Tuesday, May 22, 2012

Cadangan Pelaksanaan Kurikulum PERMATA

Untuk makluman, kurikulum PERMATA telah diluluskan sebagai kurikulum Kebangsaan bagi pendidikan awal kanak-kanak.  Sehingga kini, terdapat 2 kursus asas yang perlu dihadiri oleh para pengusaha dan pendidik iaitu Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) dan kursus Asas PERMATA di bawah kendalian Jabatan Perdana Menteri.

Selaras dengan keputusan kurikulum PERMATA dijadikan kurikulum Kebangsaan bagi pendidikan awal kanak-kanak, maka Bahagian PERMATA Jabatan Perdana Menteri bercadang untuk menambahbaik kursus KAAK dan kursus Asas PERMATA bagi membolehkan hanya satu kursus sahaja yang perlu dihadiri oleh pengusaha atau pendidik Taska di agensi kerajaan mahupun swasta.

Sehubungan itu, Bahagian ini memohon sebarang cadangan, pandangan dan isu berkaitan pelaksanaan penyelarasan kursus ini bagi membolehkan satu keputusan yang menyeluruh dicapai.  Sebarang cadangan, pandangan dan isu pelaksanaan bolehlah diemailkan kepada alamat e-mail berikut:


Segala cadangan, pandagan dan isu pelaksanaan yang dikemukakan tuan/puan adalah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Wednesday, March 7, 2012

Persiapan Mini Expo PERMATA Johor


Bahagian PERMATA berbangga kerana dapat menganjurkan sekali lagi Expo PERMATA. Kali ini lokasi yang dipilih adalah di Negeri Johor yang bertempat di Staium Bandaraya Johor Bharu. Expo ini akan berlangsung selama 3hari bermula 9-11Mac 2012 bermula seawal 10 pagi hingga 5 petang.

Berikut adalah sebahagian dari persiapan yang tengah dijalankan.

Pintu Gerbang    

  

                                                               Sekitar mockup PERMATA



Warga Johor dijemput beramai ramai hadir memeriahkn Expo yang diadakan julung julung kalinya disini. Masuk adalah PERCUMA!!!


Persiapan Mini Expo PERMATA Johor


Bahagian PERMATA berbangga kerana dapat menganjurkan sekali lagi Expo PERMATA. Kali ini lokasi yang dipilih adalah di Negeri Johor yang bertempat di Stadium Bandaraya Johor Bharu. Expo ini akan berlangsung selama 3hari bermula 9-11 Mac 2012 bermula seawal 10 pagi hingga 5 petang.

Berikut adalah sebahagian dari persiapan yang tengah dijalankan.



Pintu Gerbang     
  

                                                               Sekitar mockup PERMATA



Warga Johor dijemput beramai ramai hadir memeriahkn Expo yang diadakan julung julung kalinya disini. Masuk adalah PERCUMA!!!