Sunday, December 5, 2010

Penutupan PAPN pada 17 Disember 2010 dan Pembukaan Semula pada 27 Disember 2010

Sukacita dimaklumkan yang Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di seluruh negara akan ditutup mulai 17 - 24 Disember 2010 sempena Hari Keluarga PERMATA dan Kursus Team Building PERMATA.  PAPN akan mula beroperasi seperti biasa mulai 27 Disember 2010, jadi para ibu bapa boleh menghantar anak ke PAPN pada tarikh tersebut. Harap maklum. 

Wednesday, December 1, 2010

Majlis Pelancaran "Penjagaan Awal Kesihatan Pergigian Kanak-kanak dalam Program PERMATA








PUTRAJAYA 30 Nov. - Program penjagaan awal kesihatan pergigian kanak-kanak akan dilaksanakan di semua Pusat Permata Negara di seluruh negara mulai tahun depan.

Program yang akan dilaksanakan di 600 buah pusat membabitkan seramai 24,000 orang kanak-kanak itu bertujuan memastikan amalan kesihatan pergigian yang baik dipraktikkan di peringkat awal usia.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, program bertemakan 'Tidak Terlalu Awal' itu membabitkan usaha sama antara Kementerian Kesihatan dan Pusat Permata Negara.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program Permata Negara berkata, program tersebut dimasukkan dalam kurikulum kesihatan Pusat Permata Negara yang akan diserapkan dalam silibus Kursus Asas Pengasuh Kanak-Kanak Permata. 

"Aspek penjagaan gigi berkait rapat dengan pendidikan awal untuk menerapkan tabiat baik serta membentuk sikap positif kepada penjagaan kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Penjagaan Awal Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak Dalam Program Permata Negara, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Monday, November 8, 2010

PENGUMUMAN: Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Tidak Mengenakan Sebarang Bayaran Buat Masa Ini

Pihak PERMATA Negara ingin mengumumkan yang Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di bawah seliaan Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri tidak mengenakan sebarang yuran/bayaran kepada ibu bapa yang anaknya terpilih memasuki PAPN. Apa yang diperlukan buat masa ini ialah sumbangan 4 jam sebulan dari ibu atau bapa untuk meyertai aktiviti bersama kanak-kanak di PAPN.

Dimaklumkan juga pengumuman ini merangkumi PAPN di bawah seliaan Bahagian PERMATA sahaja dan bukan Taska PERMATA KEMAS, Taska PERMATA Perpaduan, Taska PERMATA Komuniti dan Taska PERMATA Tempat Kerja kerana ia bukan di bawah seliaan kami.

Hanya Pusat Anak PERMATA Negara sahaja yang berada di bawah seliaan JPM.

Terima kasih.

Tuesday, October 26, 2010

Majlis Lawatan PYT Gursharan Kaur, Isteri Perdana Menteri India ke PERMATA Putrajaya






Isteri PM India lawat pusat PERMATA

2010/10/27

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri India, Gursharan Kaur hari ini meluangkan masa sejam melawat Pusat Anak PERMATA Negara di Presint 16 di sini.

Beliau diiringi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Program PERMATA Negara, dan ahli Jawatankuasa Kerja PERMATA. 

Rosmah turut memberi penerangan ringkas mengenai perjalanan dan operasi pusat itu yang dikhaskan untuk kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun. 

Gursharan Kaur sedang mengiringi suaminya, Dr Manmohan Singh dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke negara ini sejak semalam.

Program Anak Permata Negara adalah inisiatif Rosmah yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara terancang serta bersepadu. - BERNAMA

Tuesday, September 21, 2010

PERMATA di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPM 2010

PERMATA telah menyertai Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 sebentar tadi di Pusat Konferens Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis telah dirasmikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan isteri, Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Turut hadir ialah Y.A.B. Timbalna Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,  isteri beliau serta Y.B. Senator Tan Sri. Dr. Koh Tsu Koon.

Tema gerai PERMATA ialah Agar-agar 1Malaysia. Majlis dianggarkan telah dihadiri oleh lebih 4000 pengunjung.

Saturday, July 24, 2010

Perasmian Pusat Anak PERMATA Negara Bercham, Perak 24 Julai 2010










Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Bercham, Perak telah dirasmikan di satu majlis pada 24 Julai 2010 oleh Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Y.A.B Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program PERMATA. Turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan isteri, Y.Bhg. Datin Seri Saripah Zulkifli dan Y.B. Puan Senator Seng Heai Kie selaku Ketua Penyelaras PERMATA Negeri Perak.

Thursday, July 22, 2010

Persiapan Perasmian Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Bercham, Perak

Staf Bahagian PERMATA kini berada di PAPN Bercham, Perak untuk persiapan bagi Perasmian PAPN Bercham, Perak. Jumpa kami di sana pada 24 Julai 2010!