Saturday, December 18, 2010

PERMATA GP - Hari Keluarga PERMATA 2010


CYBERJAYA, 18 Dis (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata taska di tempat kerja perlu dilengkapi tenaga pengajar bertauliah bagi mengelak berlaku kemalangan melibatkan kanak-kanak.

Beliau yang juga Pengasas Permata berkata, ini kerana beliau berasa amat sedih dan dukacita apabila terbaca laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak di taska atau di rumah pengasuh, seperti kes tercekik susu, tidak dilayan dengan baik dan sebagainya.

"Saya telah berbisik dengan Perdana Menteri bahawa perkara ini seharusnya diambil dengan serius.

"Saya berasa amat sedih apabila anak-anak yang ditinggalkan di taska atau di rumah pengasuh, tidak dilayan dengan baik, dan apabila anak demam atau tercekik susu, mereka tidak tahu bagaimana untuk mengendalikannya.

"Sebagai ibu, sudah tentu (saya) berasa sedih kerana bukan mudah untuk melahirkan anak, dan bagaimana susahnya pula mengandung, yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai alahan," katanya ketika merasmikan Hari Keluarga Permata Negara di Sekolah Seri Puteri di sini pada Sabtu.

Hari Keluarga Permata Negara yang bertemakan "Permata Grand Prix" itu berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat, dengan menggabungkan ibu bapa, pendidik dan kanak-kanak.

Sehubungan itu, Rosmah berharap pihak yang berkenaan akan mengambil berat tentang keselamatan kanak-kanak.

Beliau turut menyeru ibu bapa dan pendidik agar melindungi kanak-kanak daripada sebarang gejala buruk di sekitar mereka.

"Sebagai ibu bapa dan pendidik, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan segala perlindungan kepada anak-anak kerana mereka belum matang untuk bertanggungjawab," katanya.

Beliau turut melahirkan kesyukuran kerana program Permata Negara telah dilaksanakan di hampir 600 pusat asuhan di seluruh negara dan membabitkan hampir 20,000 kanak-kanak di bawah usia empat tahun, yang berpeluang menerima manfaat daripada proses pembelajaran berkualiti dalam suasana kondusif.

Sementara itu, Rosmah dalam ucapan di Seri Perdana, Putrajaya berkata penyertaan kanak-kanak dalam persatuan beruniform seperti Pandu Puteri pada usia muda, akan membantu mereka menjalin persahabatan di peringkat global.

"Anda telah menjadi duta mewakili negara sendiri pada usia muda. Mudah-mudahan anda akan terus membesar sebagai wanita berkaliber menerusi ilmu dan kemahiran yang dipelajari serta diperoleh, selain menyemai nilai-nilai murni dalam kepimpinan," katanya.

Terdahulu, Rosmah yang juga Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia menerima kunjungan peserta dan pegawai Cabaran Seratus Tahun Pandu Puteri Malaysia 2010.

Acara lima hari bertaraf antarabangsa itu dianjurkan di Kuala Lumpur sejak Rabu lepas sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan persatuan pandu puteri.

Seramai 100 peserta dari Malaysia, Sri Lanka, Maldives, Sudan dan Brunei mengambil bahagian dalam acara tersebut.

-- BERNAMA

Tuesday, December 7, 2010

KRITERIA PEMILIHAN ANAK YANG DIPUTUSKAN MELALUI MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN ANAK PERMATA NEGARA BAGI TAHUN 2011 3 DISEMBER 2010



Syarat-syarat pemilihan Anak PERMATA Negara

  • Bagi kawasan luar bandar, jumlah pendapatan isi rumah (suami   dan isteri) adalah tidak melebihi RM1,500.00.

  • Bagi kawasan pinggir bandar dan dalam bandar, pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM 2,500.00.

  • Bagi Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Putrajaya dan Presint 16, keutamaan diberikan kepada pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan sokongan 3 seperti berikut:
a)         Pemandu
b)         Pembantu Am Rendah
c)         Pengawal Keselamatan
d)         Pasangan yang tidak bekerja

  • Keutamaan juga diberikan kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), pemohon yang mempunyai masalah keluarga (cth:  masalah penceraian dan digantung tidak bertali).

Keputusan Permohonan Kemasukan Anak ke PAPN

  • Surat Tawaran untuk mengikuti Program PERMATA Negara akan      dihantar kepada ibu bapa yang berjaya selewat-lewatnya pada 20 Disember 2010 (Isnin).

  •  Status pemohonan yang berjaya juga boleh diakses di laman web
PERMATA (www.permata.jpm.my) atau blog PERMATA (permata-negara.blogspot.com) pada 20 Disember 2010 (Isnin).

Penamatan Anak dari Program PERMATA Negara

  • Penamatan anak dari Program PERMATA Negara akan dibuatsekiranya berlaku sebarang penipuan dalam permohonan kemasukan Anak ke PAPN.

  • Notis penamatan satu (1) bulan akan diberikan kepada ibu bapa dan sebarang alasan/rayuan tidak akan dilayan.


Mesyuarat juga telah bersetuju supaya kuota bagi Anak PERMATA di setiap PAPN mulai tahun 2011 adalah seperti di jadual berikut:-

Bil.
PAPN
Kuota Anak
FASA I (A)
1
Kepala Batas
25
2
Subang Jaya
35
3
Presint 16
25
4
Chini
50
5
Mempaga
25
FASA I (B)
1
Dungun
30
2
Pasir Mas
40
3
Batu Pahat
40
4
Chembong
35
5
Bukit Peringgit
25
6
Tambun Tulang
25
7
Kota Samarahan
40
8
Tuaran
 25
9
Bercham
40
FASA II
1
G. Besout
25 
2
Raja Alias
25 
3
Kerteh
40
4
Chiku
40
5
Jeli
40
6
Putrajaya
50
7
Dengkil
30
8
Kuala Ketil
40
9
Parit Guntong
40
10
Bagan Pinang
40
11
Tenggaroh
40


Sunday, December 5, 2010

Penutupan PAPN pada 17 Disember 2010 dan Pembukaan Semula pada 27 Disember 2010

Sukacita dimaklumkan yang Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di seluruh negara akan ditutup mulai 17 - 24 Disember 2010 sempena Hari Keluarga PERMATA dan Kursus Team Building PERMATA.  PAPN akan mula beroperasi seperti biasa mulai 27 Disember 2010, jadi para ibu bapa boleh menghantar anak ke PAPN pada tarikh tersebut. Harap maklum. 

Wednesday, December 1, 2010

Majlis Pelancaran "Penjagaan Awal Kesihatan Pergigian Kanak-kanak dalam Program PERMATA








PUTRAJAYA 30 Nov. - Program penjagaan awal kesihatan pergigian kanak-kanak akan dilaksanakan di semua Pusat Permata Negara di seluruh negara mulai tahun depan.

Program yang akan dilaksanakan di 600 buah pusat membabitkan seramai 24,000 orang kanak-kanak itu bertujuan memastikan amalan kesihatan pergigian yang baik dipraktikkan di peringkat awal usia.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, program bertemakan 'Tidak Terlalu Awal' itu membabitkan usaha sama antara Kementerian Kesihatan dan Pusat Permata Negara.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program Permata Negara berkata, program tersebut dimasukkan dalam kurikulum kesihatan Pusat Permata Negara yang akan diserapkan dalam silibus Kursus Asas Pengasuh Kanak-Kanak Permata. 

"Aspek penjagaan gigi berkait rapat dengan pendidikan awal untuk menerapkan tabiat baik serta membentuk sikap positif kepada penjagaan kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Penjagaan Awal Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak Dalam Program Permata Negara, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Monday, November 8, 2010

PENGUMUMAN: Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Tidak Mengenakan Sebarang Bayaran Buat Masa Ini

Pihak PERMATA Negara ingin mengumumkan yang Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di bawah seliaan Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri tidak mengenakan sebarang yuran/bayaran kepada ibu bapa yang anaknya terpilih memasuki PAPN. Apa yang diperlukan buat masa ini ialah sumbangan 4 jam sebulan dari ibu atau bapa untuk meyertai aktiviti bersama kanak-kanak di PAPN.

Dimaklumkan juga pengumuman ini merangkumi PAPN di bawah seliaan Bahagian PERMATA sahaja dan bukan Taska PERMATA KEMAS, Taska PERMATA Perpaduan, Taska PERMATA Komuniti dan Taska PERMATA Tempat Kerja kerana ia bukan di bawah seliaan kami.

Hanya Pusat Anak PERMATA Negara sahaja yang berada di bawah seliaan JPM.

Terima kasih.

Tuesday, October 26, 2010

Majlis Lawatan PYT Gursharan Kaur, Isteri Perdana Menteri India ke PERMATA Putrajaya






Isteri PM India lawat pusat PERMATA

2010/10/27

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri India, Gursharan Kaur hari ini meluangkan masa sejam melawat Pusat Anak PERMATA Negara di Presint 16 di sini.

Beliau diiringi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Program PERMATA Negara, dan ahli Jawatankuasa Kerja PERMATA. 

Rosmah turut memberi penerangan ringkas mengenai perjalanan dan operasi pusat itu yang dikhaskan untuk kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun. 

Gursharan Kaur sedang mengiringi suaminya, Dr Manmohan Singh dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke negara ini sejak semalam.

Program Anak Permata Negara adalah inisiatif Rosmah yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara terancang serta bersepadu. - BERNAMA

Tuesday, September 21, 2010

PERMATA di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPM 2010

PERMATA telah menyertai Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 sebentar tadi di Pusat Konferens Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis telah dirasmikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan isteri, Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Turut hadir ialah Y.A.B. Timbalna Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,  isteri beliau serta Y.B. Senator Tan Sri. Dr. Koh Tsu Koon.

Tema gerai PERMATA ialah Agar-agar 1Malaysia. Majlis dianggarkan telah dihadiri oleh lebih 4000 pengunjung.