Rosmah tawar pelajar Qatar sertai Program Permata Seni
-
DOHA 15 Mei - Qatar diundang menyertai Festival Seni Antarabangsa
Kanak-Kanak yang julung kali diadakan di Malaysia di bawah program Permata
Seni pada Dise...
Wednesday, October 2, 2013
Monday, September 30, 2013
PERINGATAN KEPADA SEMUA PENDIDIK PERMATA
Semua Pendidik PERMATA dimohon untuk mengambil maklum dan perhatian berhubung kejadian bayi tersedak susu di pusat asuhan kanak kanak di Putrajaya yang telah mengakibatkan bayi tersebut meninggal dunia. Sehubungan itu, semua Pendidik PERMATA diharap dapat mengambil langkah-langkah keselamatan yang bersesuaian bagi memastikan kejadian seperti ini dapat dielakkan.
Sunday, August 4, 2013
Perutusan Ucapan Aidilfitri Daripada Setiausaha Bahagian PERMATA
Seluruh Warga Kerja PERMATA mengucapkan Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang melayari laman blog rasmi PERMATA. Maaf Zahir & Batin.
Kembang indah si bunga melor,
Rendang pohonnya jadi teduhanAndai tak sampai tangan dihulur,
Dari jauh dipohon seribu kemaafan
Andai pertemuan tiada di hari mulia
Setidaknya masih dapat bicaraSetulus hati mengirim ucapan raya
Salam Aidil Fitri, mohon maaf jua
Syukur alhamdulillah sekali lagi kita umat Islam telah dilanjutkan usia dan telah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan. Bulan Ramadan baru kita lalui dan kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula. Saya mendoakan semoga semua akan bergembira menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga dan insan tersayang dalam suasana yang ceria dan gembira. Ambillah kesempatan juga untuk merayakannya dengan bermaaf-maafan sesama keluarga, sahabat handai dan rakan taulan. Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah sentiasa dalam apa juga keadaan.
Dikesempatan ini, saya serta keluarga saya memohon maaf, zahir dan batin, di atas apa juga kesilapan yang mungkin telah kami lakukan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri
KESELAMATAN PUSAT ANAK PERMATA NEGARA (PAPN) SEMASA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2013
Menjelang sambutan Hari Raya
Aidilfitri pada 8 dan 9 Ogos 2013 ini, berkemungkinan ramai Pendidik PERMATA
akan mengambil kesempatan untuk bercuti rehat sepanjang minggu tersebut dan
minggu berikutnya. Sehubungan itu, bagi memastikan PAPN sentiasa berada dalam
keadaan sentiasa selamat dan dilindungi, langkah – langkah berikut perlu
dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya.
- Semua Pendidik perlu bertanggungjawab terhadap persekitaran tempat tugasan masingmasing dan memastikan dalam keadaan baik dan selamat;
- Semua PAPN dipastikan ditutup dan dikunci dengan selamat;
- Semua aset alih dan dokumen penting hendaklah disimpan dan dikunci dalam cabinet besi berpalang mengikut arahan yang telah ditetapkan;
- Semua Pendidik perlu log off computer, suis dimatikan dan peranti mudah alih disimpan dengan selamat;
- Semua lampu, penyaman udara, peralatan elektrik dan elektronik, suis punca kuasa dan sebagainya yang tidak digunakan ditutup bagi mengurangkan risiko kebakaran;
- Melaporkan kepada Balai Polis atau Pondok Polis terdekat bagi memohon bantuan melaksanakan tugas rondaan dan pemantauan semasa tempoh bercuti.
Monday, September 24, 2012
Perasmian Pusat Anak PERMATA Negara Kerinchi, W.P Kuala Lumpur
Kuala Lumpur 10 Julai 2012 -Majlis Perasmian Pusat PERMATA Anak Negara berlangsung di Blok F, PPR Kerinchi semalam. Perasmian dilakukan oleh penanung PERMATA iaitu isteri PerdanaMenteri, Datin Sri Rosmah Mansor. Dalam ucapan beliau merasa gembira kerana berkesempatan untuk melawat dan merasmikan Pusat Anak PERMATA Negara Kerinchi. Amanah yang diberikan oleh suami beliau sendiri pada akhir Januari yang lalu membuatkan beliau rasa bangga dan gembira. Penubuhan pusat yang dijanjikan ini diharapkan dapat menyediakan dan memberi didikan secara berkualiti kepada kanak-kanak di kawasan Kerinchi.
Dalam ucapan beliau juga menyatakan bahawa sehingga hari ini, seramai 35 orang kanak-kanak telah mendapat peluang untuk mengikuti program PERMATA dalam keadaan yang selesa dan ceria.
Program yang menekankan asuhan dan pendiidkan awal kanak-kanak ini menekankan proses pembelajaran secara menyeluruh mengikut fitrah kanak-kanak iaitu suka dan seronok bermain.
Selain menekankan aspek-aspek keselamatan dalam penjagaan kanak-kanak ini, aspek kesihatan dan kebersihan turut menjadi keutamaan.

Monday, July 23, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Cadangan Pelaksanaan Kurikulum PERMATA
Untuk makluman, kurikulum PERMATA telah diluluskan sebagai kurikulum
Kebangsaan bagi pendidikan awal kanak-kanak. Sehingga kini, terdapat 2
kursus asas yang perlu dihadiri oleh para pengusaha dan pendidik iaitu
Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) di bawah kendalian Jabatan
Kebajikan Masyarat (JKM) dan kursus Asas PERMATA di bawah kendalian
Jabatan Perdana Menteri.
Selaras dengan keputusan kurikulum PERMATA dijadikan kurikulum Kebangsaan bagi pendidikan awal kanak-kanak, maka Bahagian PERMATA Jabatan Perdana Menteri bercadang untuk menambahbaik kursus KAAK dan kursus Asas PERMATA bagi membolehkan hanya satu kursus sahaja yang perlu dihadiri oleh pengusaha atau pendidik Taska di agensi kerajaan mahupun swasta.
Sehubungan itu, Bahagian ini memohon sebarang cadangan, pandangan dan isu berkaitan pelaksanaan penyelarasan kursus ini bagi membolehkan satu keputusan yang menyeluruh dicapai. Sebarang cadangan, pandangan dan isu pelaksanaan bolehlah diemailkan kepada alamat e-mail berikut:

Segala cadangan, pandagan dan isu
pelaksanaan yang dikemukakan tuan/puan adalah dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)