Rosmah tawar pelajar Qatar sertai Program Permata Seni
-
DOHA 15 Mei - Qatar diundang menyertai Festival Seni Antarabangsa
Kanak-Kanak yang julung kali diadakan di Malaysia di bawah program Permata
Seni pada Dise...
Friday, October 18, 2013
Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia
Tabung
Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah
RM1.13 juta kepada kanak-kanak yang terlibat dengan pelbagai musibah di
beberapa buah negara.
Penaung
Tabung Kesejateraan Kanak-Kanak Sedunia, Datin Seri Rosmah Mansor berkata,
melalui sumbangan itu sedikit sebanyak mampu meringankan kesengsaraan dan
penderitaan yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia.
"Melalui
tabung ini setidak-tidaknya kita mampu membantu mewujudkan masa depan yang
lebih baik untuk kanak-kanak seluruh dunia," katanya ketika berucap dalam
majlis sumbangan daripada Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia di Kompleks
Seri Perdana di sini.
Yang
hadir sama Pesuruhjaya India ke Malaysia, Vijay Gokhale; Duta Besar Jepun ke
Malaysia, Shigeru Nakamura; Duta Besar Kemboja ke Malaysia, Jose Eduardo E.
Malaya III dan Charge d'Affairs Kedutaan Besar Mexico ke Malaysia, Lourdes Sosa
Marquez.
Isteri
Perdana Menteri berkata, sumbangan tersebut diperoleh hasil konsert Permata
Seni bertemakan Mensyukuri Nikmat Kedamaian yang telah dipentaskan di Istana
Budaya pada 26 Februari lalu iaitu sebanyak RM20.9 juta.
Kata
beliau, pihaknya terpanggil untuk menghulurkan sedikit sebanyak bantuan yang
diperlukan itu setelah melihat tragedi-tragedi malang yang menimpa di beberapa
buah negara.
"Saya
selaku penaung tabung ini, begitu berbesar hati akan mengagihkan sejumlah
bantuan serta sumbangan untuk tabung kebajikan kanak-kanak di negara tersebut,
sumbangan akan disalurkan melalui Mercy Malaysia, Perdana Global Peace
Foundation (PGPF) dan pihak kedutaan masing-masing," katanya.
Sumbangan
sebanyak RM103,000 kepada Mercy Malaysia akan digunakan untuk membiayai
pelaksanaan projek Rekahan Bibir Lelangit di Bangladesh manakala RM250,000
kepada PGPF bagi projek-projek kemanusiaan di Somalia.
Projek
di Somalia tersebut melibatkan penaiktarafan Al-Basiir School for The Blind and
Deaf-Blind di Mogadishu.
Rosmah
berkata, kanak-kanak tersebut berhak mendapat peluang pendidikan serta tidak
dinafikan haknya untuk belajar kerana pihaknya percaya hanya dengan pendidikan
mereka mampu membina masa depan yang lebih cerah.
"Saya
juga dimaklumkan bahawa sejumlah wang tersebut akan digunakan untuk membeli
peralatan pembelajaran, perabot, sekolah dan juga menaiktaraf asrama bagi
membolehkan mereka belajar dalam suasana yang lebih baik,'' katanya.
Monday, October 7, 2013
Lawatan Tapak Pusat PERMATA Austisme Oleh YBhg. Datuk Othman Bin Hj Mahmood, TKSUK JPM
Pada 4 Oktober 2013 Bahagian PERMATA menerima lawatan dari YBhg. Datuk Othman Bin Hj Mahmood, TKSUK JPM ke tapak PERMATA Autisme yang terletak di Kampung Batu Muda Tambahan Sentul. Dalam lawatan tersebut beliau telah ditemani oleh Setiausaha Bahagian PERMATA, Puan Saidatu Akhma bt Hassan dan wakil dari Unit Jabatan Kerja Raya. Projek ini bakal bermula pada akhir Oktober ini dan dijangka memakan masa selama 18 bulan.
Wednesday, October 2, 2013
PERINGATAN KEPADA SEMUA PENDIDIK PERMATA
Semua Pendidik PERMATA dimohon untuk mengambil maklum dan perhatian berhubung kejadian tersebut. Pendidik juga diingatkan agar memantau makanan yang dibekalkan oleh kontraktor makanan menepati garis panduan yang dibekalkan oleh Bahagian PERMATA. Semoga kejadian seperti ini dapat dielakkan pada masa hadapan.
Monday, September 30, 2013
PERINGATAN KEPADA SEMUA PENDIDIK PERMATA
Semua Pendidik PERMATA dimohon untuk mengambil maklum dan perhatian berhubung kejadian bayi tersedak susu di pusat asuhan kanak kanak di Putrajaya yang telah mengakibatkan bayi tersebut meninggal dunia. Sehubungan itu, semua Pendidik PERMATA diharap dapat mengambil langkah-langkah keselamatan yang bersesuaian bagi memastikan kejadian seperti ini dapat dielakkan.
Sunday, August 4, 2013
Perutusan Ucapan Aidilfitri Daripada Setiausaha Bahagian PERMATA
Seluruh Warga Kerja PERMATA mengucapkan Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang melayari laman blog rasmi PERMATA. Maaf Zahir & Batin.
Kembang indah si bunga melor,
Rendang pohonnya jadi teduhanAndai tak sampai tangan dihulur,
Dari jauh dipohon seribu kemaafan
Andai pertemuan tiada di hari mulia
Setidaknya masih dapat bicaraSetulus hati mengirim ucapan raya
Salam Aidil Fitri, mohon maaf jua
Syukur alhamdulillah sekali lagi kita umat Islam telah dilanjutkan usia dan telah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan. Bulan Ramadan baru kita lalui dan kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula. Saya mendoakan semoga semua akan bergembira menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga dan insan tersayang dalam suasana yang ceria dan gembira. Ambillah kesempatan juga untuk merayakannya dengan bermaaf-maafan sesama keluarga, sahabat handai dan rakan taulan. Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah sentiasa dalam apa juga keadaan.
Dikesempatan ini, saya serta keluarga saya memohon maaf, zahir dan batin, di atas apa juga kesilapan yang mungkin telah kami lakukan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri
KESELAMATAN PUSAT ANAK PERMATA NEGARA (PAPN) SEMASA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2013
Menjelang sambutan Hari Raya
Aidilfitri pada 8 dan 9 Ogos 2013 ini, berkemungkinan ramai Pendidik PERMATA
akan mengambil kesempatan untuk bercuti rehat sepanjang minggu tersebut dan
minggu berikutnya. Sehubungan itu, bagi memastikan PAPN sentiasa berada dalam
keadaan sentiasa selamat dan dilindungi, langkah – langkah berikut perlu
dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya.
- Semua Pendidik perlu bertanggungjawab terhadap persekitaran tempat tugasan masingmasing dan memastikan dalam keadaan baik dan selamat;
- Semua PAPN dipastikan ditutup dan dikunci dengan selamat;
- Semua aset alih dan dokumen penting hendaklah disimpan dan dikunci dalam cabinet besi berpalang mengikut arahan yang telah ditetapkan;
- Semua Pendidik perlu log off computer, suis dimatikan dan peranti mudah alih disimpan dengan selamat;
- Semua lampu, penyaman udara, peralatan elektrik dan elektronik, suis punca kuasa dan sebagainya yang tidak digunakan ditutup bagi mengurangkan risiko kebakaran;
- Melaporkan kepada Balai Polis atau Pondok Polis terdekat bagi memohon bantuan melaksanakan tugas rondaan dan pemantauan semasa tempoh bercuti.
Subscribe to:
Posts (Atom)



