Rosmah tawar pelajar Qatar sertai Program Permata Seni
-
DOHA 15 Mei - Qatar diundang menyertai Festival Seni Antarabangsa
Kanak-Kanak yang julung kali diadakan di Malaysia di bawah program Permata
Seni pada Dise...
Tuesday, November 19, 2013
Friday, November 15, 2013
Bengkel Pelaksanaan Kurikulum PERMATA Kurnia (Austisme)
Bengkel Pelaksanaan
Kurikulum PERMATA Kurnia (Autisme) telah diadakan pada 6 November 2013 di Hotel
Seri Pacific Kuala Lumpur anjuran Jabatan Perdana Menteri dan Universiti
Kebangsaan Malaysia bersama pemegang taruh bagi mendapatkan input dan juga
maklumbalas berkenaan pelaksanaan Program PERMATA Kurnia sebelum dilaksanakan
mulai Mac 2015 disamping engagement dengan semua pihak yang berkaitan.
Pelbagai pihak yang
meliputi agensi kerajaan, NGO, pegawai kesihatan, penyelidik dan kumpulan
ibubapa telah dijemput. Pada sesi
tersebut, para jemputan telah diberi penerangan berkenaan Program PERMATA
Kurnia oleh YBhg. Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod, Pegawai Khas kepada YAB
Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Program
PERMATA. Disamping itu juga, turut
diberi penerangan berkenaan kurikulum PERMATA Kurnia dan juga modul latihan
kepada tenaga pengajar.
Pada akhir bengkel
ini, pihak penganjur telah menaruh harapan agar semua pihak dapat menyokong dan
juga memahami aspirasi Program PERMATA Kurnia.
Tuesday, November 5, 2013
Friday, October 18, 2013
Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia
Tabung
Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah
RM1.13 juta kepada kanak-kanak yang terlibat dengan pelbagai musibah di
beberapa buah negara.
Penaung
Tabung Kesejateraan Kanak-Kanak Sedunia, Datin Seri Rosmah Mansor berkata,
melalui sumbangan itu sedikit sebanyak mampu meringankan kesengsaraan dan
penderitaan yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia.
"Melalui
tabung ini setidak-tidaknya kita mampu membantu mewujudkan masa depan yang
lebih baik untuk kanak-kanak seluruh dunia," katanya ketika berucap dalam
majlis sumbangan daripada Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia di Kompleks
Seri Perdana di sini.
Yang
hadir sama Pesuruhjaya India ke Malaysia, Vijay Gokhale; Duta Besar Jepun ke
Malaysia, Shigeru Nakamura; Duta Besar Kemboja ke Malaysia, Jose Eduardo E.
Malaya III dan Charge d'Affairs Kedutaan Besar Mexico ke Malaysia, Lourdes Sosa
Marquez.
Isteri
Perdana Menteri berkata, sumbangan tersebut diperoleh hasil konsert Permata
Seni bertemakan Mensyukuri Nikmat Kedamaian yang telah dipentaskan di Istana
Budaya pada 26 Februari lalu iaitu sebanyak RM20.9 juta.
Kata
beliau, pihaknya terpanggil untuk menghulurkan sedikit sebanyak bantuan yang
diperlukan itu setelah melihat tragedi-tragedi malang yang menimpa di beberapa
buah negara.
"Saya
selaku penaung tabung ini, begitu berbesar hati akan mengagihkan sejumlah
bantuan serta sumbangan untuk tabung kebajikan kanak-kanak di negara tersebut,
sumbangan akan disalurkan melalui Mercy Malaysia, Perdana Global Peace
Foundation (PGPF) dan pihak kedutaan masing-masing," katanya.
Sumbangan
sebanyak RM103,000 kepada Mercy Malaysia akan digunakan untuk membiayai
pelaksanaan projek Rekahan Bibir Lelangit di Bangladesh manakala RM250,000
kepada PGPF bagi projek-projek kemanusiaan di Somalia.
Projek
di Somalia tersebut melibatkan penaiktarafan Al-Basiir School for The Blind and
Deaf-Blind di Mogadishu.
Rosmah
berkata, kanak-kanak tersebut berhak mendapat peluang pendidikan serta tidak
dinafikan haknya untuk belajar kerana pihaknya percaya hanya dengan pendidikan
mereka mampu membina masa depan yang lebih cerah.
"Saya
juga dimaklumkan bahawa sejumlah wang tersebut akan digunakan untuk membeli
peralatan pembelajaran, perabot, sekolah dan juga menaiktaraf asrama bagi
membolehkan mereka belajar dalam suasana yang lebih baik,'' katanya.
Monday, October 7, 2013
Lawatan Tapak Pusat PERMATA Austisme Oleh YBhg. Datuk Othman Bin Hj Mahmood, TKSUK JPM
Pada 4 Oktober 2013 Bahagian PERMATA menerima lawatan dari YBhg. Datuk Othman Bin Hj Mahmood, TKSUK JPM ke tapak PERMATA Autisme yang terletak di Kampung Batu Muda Tambahan Sentul. Dalam lawatan tersebut beliau telah ditemani oleh Setiausaha Bahagian PERMATA, Puan Saidatu Akhma bt Hassan dan wakil dari Unit Jabatan Kerja Raya. Projek ini bakal bermula pada akhir Oktober ini dan dijangka memakan masa selama 18 bulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



