Friday, May 14, 2010

Festival Hari Guru- 14 Mei 2010

Thursday, May 13, 2010

Festival Hari Guru 2010 - 13 Mei 2010

PERMATA Negara kini sedang menyertai Festival Hari Guru 2010 di East Coast Mall, Kuantan, Pahang. Festival tersebut sedang berlangsung dan akan ditutup oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mei 2010.

Barisan pempamer adalah terdiri dari badan-badan kerajaan dan swasta. Pameran ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Utusan Malaysia. Dianggarkan 5000 orang telah hadir ke pameran ini pada hari ini sahaja. Orang ramai adalah dijemput hadir ke Festival ini. Gerai PERMATA ialah di B-12, iaitu PERMATA Negara dan JPNIN mewakili Jabatan Perdana Menteri.

Berjumpa kami di sana!

Wednesday, May 5, 2010

Taklimat Pelaksanaan Pemantauan Program PERMATA 2010




      Satu taklimat tentang pemantauan Program PERMATA 2010 telah diadakan di Hotel Radius International, Bukit Bintang, Kuala Lumpur oleh Unit Pendidikan Prasekolah, Sektor Penaziran Kepimpinan Instituti Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk memantau pelaksanaan Program secara keseluruhan sebelum KPM mengambil alih Program PERMATA pada tahun 2011.Taklimat ini berlangsung pda 3-4 Mei 2010, dan turut disertai oleh empat orang pegawai dari Bahagian PERMATA.

Wednesday, April 21, 2010

Lawatan AECES Singapura ke PERMATA Bukit Peringgit, Melaka




Wakil-wakil Association of Early Childhood Educators (AECES) dari Singapura telah hadir ke PERMATA Bukit Peringgit, Melaka untuk satu majlis lawatan dan telah diberi sambutan mesra oleh wakil dari Bahagian PERMATA dan juga warga Pendidik dan para anak-anak di sana. pada  21 April 2010. Lawatan tersebut berlangsung lebih kurang sejam dengan kedua-dua belah pihak bertukar idea dan pendapat mengenai bidang asuhan dan didikan awal kanak-kanak secara umumnya.

Turut berada di majlis lawatan tersebut ialah En. Mohd Zamri Mohd Esa selaku Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian PERMATA. Beliau turut memberi taklimat tentang PERMATA di majlis tersebut manakala Puan Audrey memberi taklimat tentang kurikulum PERMATA.

Thursday, March 4, 2010

Bahagian PERMATA di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Sri Satria

 
  
  
  
 
Satu majlis sambutan Maulidur Rasul Bersama Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah diadakan di Kediaman Sri Satria Presint 16 pada hari Khamis, 4 Mac 2010. Majlis ini bertujuan untuk menghayati kebesaran Rasulullah S.A.W dan memberi sedikit panduan kepada kaum wanita mengenai peranan wanita dalam pembangunan keluarga mengikut contoh keluarga Rasulullah S.A.W.

Majlis turut memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran oleh johan Qariah peringkat antarabangsa iaitu Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman Al-Yahya, diikuti ceramah oleh Datuk Dr Fatma El Zahra.


Banyak ilmu yang telah didapati oleh staf wanita PERMATA melalui majlis ini yang turut meningkatkan silaturrahim sesama insan.

Saturday, February 13, 2010

Permata Kedua di Putrajaya Dibuka Bulan Depan

 
 

PUTRAJAYA: Berkonsepkan ‘rumah permainan’ yang ceria, Pusat Program Anak PERMATA Negara (PERMATA) yang akan dibuka di Presint 16, di sini, 1 Mac ini akan memberikan kemudahan kepada kakitangan kerajaan dan swasta terutama mereka yang berpendapatan rendah menghantar anak masing-masing sementara keluar bekerja.



Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata pusat yang dibina dengan kos hampir RM1 juta itu boleh menempatkan 40 kanak-kanak.




“Pusat ini yang kedua dibina di Putrajaya.  Kami bersyukur kerana pusat ini siap mengikut jadual bagi membolehkan kakitangan menghantar anak masing-masing ke pusat berkenaan.

“Projek yang dibina di kawasan seluas 0.3 hektar yang dibangunkan secara ‘design and build’ (reka dan bina) ini dimulakan 1 Jun tahun lalu dan siap sepenuhnya 31 Januari lalu.

Pembinaannya menumpukan kepada ciri keselamatan dan keselesaaan kanak-kanak untuk bermain.



“Apabila kita dapat mewujudkan suasana selesa dan ceria, ia dapat membantu perkembangan minda kanak-kanak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Pusat Anak Permata Negara kepada wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, semalam.

Samsudin berkata, pembinaan pusat itu turut menekankan kepada aspek penting termasuk sistem pengudaraan, kecerian, berkonsepkan mesra alam dan berwarna warni untuk memastikan ia selamat digunakan.

Friday, February 5, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA DASAR PROGRAM PERMATA BIL 1/2010

BAHAGIAN PERMATA, JABATAN PERDANA MENTERI

SIARAN MEDIA

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA DASAR PROGRAM PERMATA BIL 1/2010
5 FEBRUARI  2010

JAM 3.00 PETANG

KEDIAMAN Y.A.B PERDANA MENTERI, TAMAN DUTA, LANGGAK DUTA

KUALA LUMPUR, 5 Februari 2010 - Program PERMATA Negara telah pun berjaya diperluaskan ke hampir 427 buah taska di seluruh negara di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 1 (PRE 1) dan telah dapat memberi faedah kepada hampir 16,000 anak PERMATA terdiri daripada kanak-kanak luar bandar dan berpendapatan rendah yang berumur di bawah 4 tahun.

Untuk tahun 2010, bagi memperkasa Program PERMATA Negara sebanyak 3 buah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) akan ditubuhkan di 3 kawasan Parlimen di setiap negeri kecuali di negeri Terengganu dan Sarawak. Pemerkasaan Program PERMATA juga akan melibatkan perluasan di 88 Taska KEMAS, 35 Taska JPNIN dan 58 Taska Tempat Kerja  juga Taska Komuniti.

Di samping itu, Program PERMATA juga akan meneruskan pelaksanaan program PERMATA Pintar, PERMATA Seni dan memperkenalkan program PERMATA Insan. Program-program ini telah dirancang secara komprehensif bagi mengenal pasti potensi kanak-kanak dari awal untuk dikembangkan secara optimum dalam bidang-bidang berkaitan. Dalam pada itu juga, Program PERKASA Remaja akan diperkenalkan untuk para remaja bagi membangunkan remaja positif dan menangani masalah sosial. Ini pada jangka panjang diharap akan dapat melahirkan  dan membina modal insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara
##